23 Oct 2020

Pengalaman Bersalin di HTAR Pada Musim Covid. (PART 1)

 Assalamualaikum.


Alahai lama gilaaaa tak tulis. And for your info alhamdulillah aku dah pun selamat melahirkan 5 bulan yang lalu. Haha. So aku tak tau lah memory masih fresh atau tidak ni. Hadoi. Hopefully tak jenuh sangat nak recall sebab aku ni jenis mudah sangat lupa. 

Okay seperti yg aku pernah cerita, aku pernah buat myomectomy untuk buang fibroid yang dok ada dalam rahim aku. Itu pada Jun 2018. So because of that, kalau aku pregnant je memang kena c-sect. Tak boleh tidak sebab Doc kata rahim aku dah pernah luka kan. 

So kita haruslah ikut saranan yang lebih arif ya. Gila kau nak memandai-mandai. Buatkan burst rahim aku, nak cakap apa? I is redha. Furthermore, aku jujurnya lagi seriau bersalin normal berbanding c-sect. Seriau dengar orang cakap kena jahitlah, contraction sakit gilalahh.

C-sect bagi aku (from my past experience time fibroid removal tu) boleh hadap lagi kot. Cumaaa.. Need extra care post delivery lah. Tak boleh angkat berat, luka kena kasi kering, makan oren, minum air masak banyak-banyak. Ia lebih kepada penjagaan luka. Tak nak luka terbuka semula. Yeee. Ada kes sebegitu. πŸ˜“

Okay back to the topic.

Jadinya Doc setkan 38w je aku kena deliver the baby. Takde tunggu sakit bersalin dah weh. Memang takde sakit hape pun melainkan penat bawak perut and diri sendiri yang makin memboyak. For note, I gain almost 20kgs tau untuk pregnancy ni. Macam balloon !

Untuk deliver time Covid berleluasa ni, especially kes kena masuk OT macam aku ni kena buat swab test dulu untuk tengok positif Covid atau tak. Swab ni pulak takleh buat seminggu sebelum. Dia kena 2-3hari sebelum operation.

Cakap pasal swab test tu, test dibuat melalui hidung ya. Kena dongak sikit kepala then swab pastu done! Perit sikit je lah. 😊

Aku dijadualkan bersalin 4/5/2020. Tapi kena check in awal sehari which is 3/5/2020. Aku tanya nurse tak boleh ke nak tarikh 5/5. Nurse cakap tak bolehhh. Pack dah jadual dorang. Hahaha. Kalau tak pack aku rasa boleh je request tarikh. Kan?

Aku bersalin di HTAR ya. Kan sekarang HTAR dah ada satu building khas untuk Ibu Anak. Brand new hengkoooo.. Kira sedap mata memandang lah. Yang bangunan kanan tu adalah Kompleks Rawatan Ibu & Bayi.

Pic ehsan HTAR punya website


First sampai sana kena daftar di right side of the building. Tak ingatlah pulak nama unit tu. Staf akan minta ibu untuk isi borang segala dan masuk ke dalam bila dipanggil. Dekat dalam tu ibu ada lagilah sesi pendaftaran yang lebih terperinci.

Settle semua, boleh masuk ikut lobi utama dan naik ke wad. Time ni husband boleh teman untuk bawa beg and barang. Tapi, untuk musim Covid ni husband just boleh naik sampai tingkat wad sahaja. Tak boleh masuk dalam wad pun. 

Sedih? Agaklah. Dah la kita ni first time mommy. Kena hadap sorang-sorang pulak. Once dah masuk wad babai lah husband. Nurse akan bagi sepersalinan pink polkadot tu untuk ibu pakai. Merasa jugak aku pakai baju besar gabak tu.. Hehe.

Menunggu untuk masuk ke bilik. Nampak kan luggage besor aku angkut.
Nanti kita cerita pasal luggage. Hihi.

Adeh adehhh. Takittt.. Hihi. Idoklah sakit sangat. Bese je. 

Akhirnya dapat masuk bilik. Mula-mula stay dekat luar dulu.


Sampai sini dululah. Aku post by part yaaa. Macam panjang sangat dah ni. 

Till then, ciao !

28 Feb 2020

Kaki Bengkak since 26w !

Assalamualaikum.



Sekarang ni aku dah reach 28w. Alhamdulillah 'ala kulli haal... 😍

Aku ni sebenarnya banyak benda nak story berkenaan pregnancy. Even aku tau takde orang notice kewujudan blog aku ni but aku still nak tulis jugak. Yelah, for my own reference jugak. Bila tulis kat sini bukan takat aku boleh refer, korang pun boleh kan (itu pun kalau ada yang terjumpa blog ni lah..)

Kali ni nak story pasal perkembangan kesihatan seorang first time mommy yg tak berapa muda (Aku dah 31 tahun kalau kira ikut tahun..). Sejak last week aku dapat rasa yang both my feet dah start membengkak. Besar weh! Dah rupa kaki anak gajah. Hahaha.

Bila tekan je mesti rasa sakit. Nak solat time nak lipat kaki pun payah. But aku still cuba solat macam biasa. Selagi ada kudrat kan. Walaupun agak payah sebenarnya.

Ada jugak minta husband urutkan. Tapi memandangkan aku ni tak tahan sakit, dok aduh aduh je makanya cik husband pun kadang tu malas melayan. Hahahaha. Cengeng. Maaplerr.

So, persoalannya apa punca kakiku bengkak bak johan ni?

Gambar ihsan Google. Tapi lebih kurang ginilah bengkaknya... 

Mengikut hasil carian di google, pembengkakan kaki ibu mengandung ni boleh terjadi sebab ;


  1. Apabila kandungan dah cecah 20w, bayi pun makin membesar. So rahim akan menekan saluran darah di pelvis & menjejaskan salur darah besar (vena cava) yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. So bila vena cava ni diberi pressure, aliran darah tu jadi slow and menyebabkan darah terkumpul.
  2. So bila darah tu dah terkumpul, air akan dipaksa turun and keluar melalui salur darah kecil (kapilari) and masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki & buku lali. 
  3. Simptom bengkak ni akan lebih worse menjelang petang ke malam. 


So apa kena buat untuk kurangkan bengkak?


  1. Minum air yang mencukupi
  2. Tinggikan kaki melepasi paras dada semasa baring untuk membantu pengaliran darah.
  3. Mengiring ke kiri supaya janin takkan menekan vena cava dan pengaliran darah ke jantung akan lebih baik.
  4. Move move move! Jangan duduk je. 
  5. Compression stockings elok pakai waktu malam so darah tu mengalir lancar.
  6. Pakailah kasut yang selesa.


Bab tinggikan kaki tu aku ada jugak apply. Takdelah kurang sangat pun. Maybe sebab faktor tempat kerja. Aku kerja duduk je kat office. So kurang bergerak. Haha.

Bab mengiring ke kiri tu memang tak boleh apply. Tak tau kenapa tapi sejak pregnant aku tak boleh tidur mengiring ke kiri. Dada akan rasa sesak. So tidur belah kanan ajelah. Sampai lenguh dibuatnya. Tapi sunnah tidur belah kanan kan?

Apa pun, moga aku tabah and kuat menghadapi another 12w (insyaAllah).


Till then, ciao!



27 Feb 2020

Pengalaman Details Scan Poliklinik Ken Rimba

Assalamualaikum.



Last Sunday aku baru je buat details scan. Walaupun masa tu kandungan dah cecah 27w, tapi klinik cakap still boleh. Mujurr...

Asalnya aku nak buat di klinik lain. Dah book dah tapi selamba je klinik tu cancel booking aku one day before. Katanya Doc cuti hari yg sepatutnya aku buat scan tu. Sebab bengang sangat, yelah boleh dicancelnya last minute so aku book je klinik lain. Mujur takde deposit bagai untuk booking sebelum ni.

Aku tanya pembantu klinik, perlu ke penuhkan bladder untuk memudahkan sonographer nampak baby aku. Dia balas tak perlu pun sebab kandungan dah besar.

Sampai sana lewat 8minit. Supposed kena sampai 5-10minit lebih awal. Aku dah cuak dah. Siap whatsapp klinik lagi nak postpone sejam lewat. Rupanya tak boleh. Sebab schedule dorang dah penuh. Tak de tempat slot in dah.

Tapi mujur diberi kelonggaran sebab takde lah lewat mana. Alhamdulillah. Kalau tak aku dah fikir nak cari klinik lain.

Sampai klinik macam biasa kena daftar dulu sebab first time check up situ kan. Dah settle daftar tunggu nama dipanggil. Tak lama pun time tu. Yelah sebab kita dah booking kan.

Masuk je bilik check up, disambut mesra oleh Sonographer. Lembut je orangnya. Cakap pun mesra-mesra aje.

Time scan pun Ms.Sono pujuk baby lembut-lembut aje. Dah la baby dok tendang-tendang. Hihi. Memang baby aku kalau tengah hari camtu dia aktif sikit. So agak senang la nak tengok details kan.

Jantina pun senang je nak detect. Sebab nampak jelas. Actually aku dah tau jantina from previous scan di klinik swasta. Tapi yelah, detail scan ni kan macam a bit more precise and reliable. So nak make sure kena buat detail scan.

Muka pun baby tunjuk. Memang mudah la! Bagus babyy. Good job. Anak bertuah siapa lah ni. Tapi muka baby macam muka omak eh. Hahaha. Kecewa husband. Sorry!

Alhamdulillah, takde apa yg merisaukan. Ms.Sono kata semuanya dalam keadaan normal and baik. Berat around 1.1kg and memang sejajar dengan perkembangan. Tulang semua ada, jantung segala semua okay. Alhamdulillah!

Baby pun dah dalam posisi yang sepatutnya. But pintu rahim aku still tak terbukak lah. Wonder should be terbukak dah ke even baru 27w? Lupa nak tanya. Hahaha.

Patutlah lower part aku dah makin sakit. Rupanya baby dah duduk bawah. Aaaaa... The struggle is real gais!

Dah settle semua tu, Ms.Sono akan buat satu report and attach dalam buku pink kita. Oh don't forget to bring ur buku pink tau kalau nak buat detail scan. Time register tu pun dorang nak tengok EDD segala.

Dan dapatlah kami 1 CD beserta gambar baby. Aku belum tengok lagi apa kandungan CD tu. Katanya ada video. Hihi.

So sebagai menutupi entry yang panjang ini, aku harap yg mana pregnant tu bolehlah keluar sikit budget untuk buat detail scan. Sangat penting tau. Sebab dari scan inilah ibu boleh tahu kot anak yang dikandung tu ada masalah atau tak. Siapkan mental dulu before nak buat. InsyaAllah moga Allah menjaga kita & kandungan kita.

Pilih klinik yang offer harga & servis terbaik. Jangan main taram je. Tengok jugak review orang lain. Sebab sonographer tu penting. Kena cari yang pandai tengok (of course lah kan.. kalau tak, takkan qualified) and pandai pujuk baby in case baby susah nak bagi kerjasama.


Okay, till then. Ciao!


Ini pakej yg aku ambik hari tu. Ini price 2020 ya. Sekali 5D cuma tambah RM40 sahaja. Murah. Boleh contact Poliklinik Ken Rimba di Facebook mereka. Recommended!

19 Feb 2020

Check up KKIA 27w, Suntikan Kancing Gigi, & Catat Pergerakan Bayi

Assalamualaikum.


Now dah 27weeks! Alhamdulillah 'ala kulli hal. πŸ˜„

Semalam aku ke Klinik Kesihatan Ibu Anak Telok Panglima Garang untuk check up. Lewat sikit sampai sebab gerak dari kampung di Pahang. Sampai tu dalam pukul3.30 camtu. Padahal appointment pukul2. Hihi.

Ramai pulak mak-mak and bayi-bayi semalam. So agak lama lah nak tunggu turn aku. Bertabah ajelah. Aku suruh husband balik je dulu. Sebab aku tau lama prosesnya. Memang selama ni check di KKIA aku tak pernah mintak husband temankan. Yelah kerusi kat KKIA tu bukan banyak sangat.

So check up kali ni macam biasa lah. Sampai tu letak buku dekat kaunter, nurse panggil nama and silalah pergi ke lab untuk hantar sampel urine and lepas tu ke bilik no.5 untuk check hb. Tang nak check hb tu kantoi pulaklah hb nyaaa..

First nurse check 9.4 kot bacaannya. Dia ambik lagi sekali naik sikit je 9.7. Alahaiii. Selama ni bacaan okay2 je. Tak pernah low sampai camni. Mungkin sebab aku lapar kot. Boleh jadi ke eh?

So nurse ambik dari lagi sekali untuk hantar ke lab pulak. Cucuk dekat lengan pulak untuk ambik darah. Pergi lab untuk hantar sample and collect result.

Then tunggulah pulak untuk masuk bilik no.1 which is bilik jumpa nurse. Check perut, heart beat baby normal - 146. Alhamdulillah. Good job anak ibu! Berat pun okaylah. Naik sekilo je dari last check up.

Tapi nurse pening dah sebab hb aku low sangat. Dorang cakap kena datang keesokan harinya sebab nak buat test apa entah. Sebab low sangat. Aku lagilah pening sebab nak datang check up aku kena apply cuti. Company tak terima time slip.

Last-last nurse kata takpelah. Try tanya doctor untuk jumpa lagi dua minggu je. And doctor pun okay. Dua minggu lagi next check up. Sebab result lab bacaan hb aku naik 10.3 kot. So dorang lepaskan.

And then aku kena ambik suntikan kancing gigi. Nurse kata kena ambik dua kali suntikan kancing gigi ni. Sedikit info mengenai suntikan kancing gigi


  • Juga dikenali sebagai suntikan tetanus.
  • Bertujuan mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan tetanus. Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut dan ianya menyerang tubuh melalui luka yang terbuka seperti luka ketika melahirkan secara normal dan luka episiotomy.
  • Suntikan ini adalah untuk melindungi ibu serta bayi yang bakal dilahirkan. Ia juga dikatakan mampu menghalang kelahiran pramatang.


Reference :

  1. https://www.sinarharian.com.my/article/37305/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/Jangan-takut-untuk-menerima-suntikan-tetanus
  2. https://my.theasianparent.com/kancing-gigi
Suntikan ini juga mampu meninggalkan kesan terhadap ibu. Boleh refer sini untuk kesan-kesan sampingan punca dari suntikan tetanus.

Catatan bermula 27w hinggalah bersalin.

So memandangkan aku dah 27 weeks, makanya nurse pun mintak aku mula catat pergerakan baby. Kena catat start pukul9 pagi selama 12j kitaran. Tapi just catat untuk 10x pergerakan aje. Tak perlu tanda tiap masa pun.

10x pergerakan tu pun tendangan yang kuatlah. Kalau manja-manja tu kena kira berapa kali entah untuk cukupkan 1x pergerakan.

So bila cukup je 10x pergerakan, maka bolehlah stop kira and catat masa yang ke-10 itu. Contoh masa yang ke-10 tu pukul4 petang, makanya tulis ajelah 4.00pm dekat buku tu.

Woww panjang ya entry kali ni. Hahaha. Okaylah. Cukuplah tu kot. Doakan kandungan aku selamat and sihat sentiasa ya.

4 Feb 2020

Pengalaman First Trimester.

Assalamualaikum.


Now aku dah pun masuk second trimester. Alhamdulillah Ñla kulli haal. 😊

So aku nak ceritalah apa yang aku experience masa first trimester dulu. Manalah tahu ada yang experience keadaan yang sama macam aku, bolehlah kita berkongsi rasa. Gittew...

Kita ikut kronologi lah ya. Mudah sikit kot.


  • Awal-awal aku ketahuan yang aku ni dah berbadan dua, time tu aku rasa lapar gila. Especially pagi tu kan. Memang nak kena breakfast dulu. Miss B sakit-sakit. Same experience macam nak period. Perut pun ada cramp sikit-sikit. Badan lesu and lemah campur selsema. 
  • Masuk je 15weeks, dah mula dah morning sickness weh! Bangun pagi je terus rasa loya-loya. Selera makan time tu ada lah lagi. 
  • Masuk 16weeks, dah tak boleh terima makanan western! Padahal sebelum preggy itulah yang digomar eh.. Feeling dia macam kau tak lalu langsung nak jamah. Pandang pun meluat. Ya, begitu sekali feelingnya tauu. Mual-mual still ada. Of course. Muntah itu jadi sahabat dah. πŸ˜‚ 
  • Satu lagi pe'el pelik aku, asal nak keluar rumah je mulalah rasa nak muntah. So memang jaranglah aku keluar malam masa first trimester. Nak-nak bila dah 2-3 bulan tu. Makanan pun husband tapau aje dari kedai. Masak tu jaranggg sangat. Memang takde daya and malas nak masak.
  • Aku sensitif gila dengan bau-bau. Masuk office je terus tutup hidung weh. Aku rasa surrounding aku time tu busuk sangat. Siap beli perfume Dexandra yg kecik tu letak atas meja. Punyalah semak hidung ni dengan bau-bau yang ada. And aku juga pantang bau nasi lemak atau makanan bergoreng ni. Allahuakbar. Busuk sangat baunya time tu. Tak reti nak gambarkan macam mana lagi. 
  • Sepanjang 3 bulan tu memang aku tak berjalan jauh pun. And aku tak balik pun kampung sendiri or kampung husband. Memang takde tenaga and daya. Baru ku tahu. Beginilah feeling orang pregnant. πŸ˜† 

Itu je lah kot highlight sepanjang first trimester aku. Yang pasti memang aku malassss sangat time first trimester tu. Masak jauh sekali, kemas rumah pun tak. And memang aku tolak kalau ada sesiapa nak singgah rumah. Maaf dipinta. Den tak larat... 

Stages of Pregnancy

So korang pulak macam mana? Smooth sailing je ke? Untung kalau smooth. Hihi. 

Sedikit info tentang perkembangan baby semasa first trimester.

  • Seawal usia 4 weeks, otak & saraf tunjang bayi mula terbentuk.
  • Di usia 8 weeks, jantung mula terbentuk & berdegup pada kadar yang sekata.
  • Lengan, kaki, tangan akan mula terbentuk sekitar 6 weeks.
  • Week 12, organ seks bayi mula terbentuk. Boy or girl??
  • Dalam week yang ke 12 juga, otot & saraf bayi mula berfungsi.
  • Berat bayi pula sekitar 28g & panjangnya 3 inch. Keciknyaaa.. 😍

Aku doakan korang yang baru je dapat tahu pregnant agar dipermudahkan segala kesulitan sepanjang first trimester. Ingat, first trimester ini merupakan fragile period. Sentiasalah berdoa agar kandungan & diri korang kuat. Moga Allah lindungi dari sebarang perkara yang tak diingini. Amin. 


20 Jan 2020

First Baby Move.

Assalamualaikum.


I think I need to blog about this!


Semalam, lepas balik kerja aku terus mandi apa semua. Lepas tu lapar pulak perut ni. Makanlah cheesecake yang ada. Lepas rasa dah okay tu baringlah dekat sofa kejap. Scroll facebook apa semua. Memang dalam keadaan relakslah. And tetibaaaa.....

Uihh. Memang terasa ada 'usikan' kecil dari dalam. 😊

Aku pun without further ado terus record. Kotlah ada movement lagi kan. And baru je sesaat record tupp ada lagi. Anak ibu gerak lagi !!! Akhirnya baby memunculkan diri setelah 22 weeks ibu tunggu dengan rasa resah gelisah. πŸ˜‚

Mana tak resahnya. First sekali aku experience baby move adalah time mula-mula masuk 2nd trimester kot. Tak ingat la pulak bila datenya. Tapi sekali tu je lah yang aku perasan. Lain dari tu maybe ada cuma ingatkan angin gitu je lah.

Oh cakap pasal first time aku experience tu, kau akan rasa macam ada angin dok lalu dalam perut. Ni bukan angin kus kus ke apa. Bukan gastrik camtu feeling dia. Dia macam pusaran angin dalam perut. Haaa.

Orang cakap, rasanya macam butterfly in your stomach. But how would we know kan? Ai kenot imagine lah kalau cakap like that. Cuma ia betul-betul rasa macam pusaran angin dalam perut. Just wait and see kalau korang tak rasa lagi. No worries. It will come jugak Cepat atau lambat je.

...


Sedikit fakta tentang pergerakan baby yg korang patut tahu !

πŸ‘Ά  Ibu boleh merasa gerakan baby seawal 18w - 20w. Tapi kalau kelahiran pertama, mungkin agak lambat iaitu sekitar 23w.
πŸ‘Ά  Ada pendapat mengatakan perut nipis / tebal juga punca lambat / cepat rasa gerakan.
πŸ‘Ά  Ultrasound scan boleh tunjukkan pergerakan baby yg mungkin ibu tak perasan. So no worries. Try scan di klinik untuk kepastian.
πŸ‘Ά  Kalau ibu sedang busy, mungkin ibu tak perasan baby bergerak. Tapi kalau ibu dalam keadaan relaks mungkin ibu akan perasan yg anak ibu dah mula menampakkan pergerakannya!
πŸ‘Ά  Ada pendapat kata kalau nak kejutkan baby, try ketuk-ketuk sikit perut (slow-slow je yee..) and try panggil baby. Baby juga maybe terkejut kalau ada bunyi yg bising.
πŸ‘Ά  Baby bukan bergerak sepanjang masa yee.. Ada masa baby pun tidur jugak. Sebab tu ibu tak boleh rasa gerakan baby. 

For more info boleh klik link ni ya ibu-ibu ❤ -- Pergerakan Bayi Dalam Kandungan - Babycenter

17 Jan 2020

Moment Aku Tahu Pregnant.

Assalamualaikum.



I've been 22weeks pregnant now! Alhamdulillah.

Untuk pengetahuan readers, aku dah kahwin since 2015. But last year Aug 2019 baru disahkan pregnant. On my birthday month pulak tu. Memang itu dikira hadiah jugaklah. Heee.

Ya kami dah menunggu lama. Dalam masa menunggu tu memang takde pun buat hospital check up. Urut-urut tu adalah jugak. Dahlah aku ni sejenis tak tahan bila diusik. Memang nightmare each time pergi berurut. And weols ada jugak pergi jumpa ustaz segala sebab risau ada mistik-mistik jugakkan. Coz period aku memang on time je memanjang. Cuma rezeki tu payah sikit.

Tapi adalah satu problem aku. Fibroid. Yes aku dah undergo Myomectomy on June 2018. Yg ni kena buat post lain kot kan? Kiranya setahun selepas operation barulah ada rezeki baby. Coincidence atau memang ada kena mengena? Not sure lah kan.

...




THE MOMENT OF TRUTH - THROWBACK

Panjang sangat mukadimah. Jangan boring pleasee. Baru nak mula ni.

Mengimbau kembali detik-detik aku perasan period aku lewat. Time tu dah 5 hari lewat. Entah kenapa lah Aug 2019 tu barulah terdetik kat hati ni nak start buat medical check up. Dah dekat 4 tahun kahwin tapi baru nak buat. Please jangan tiru aksi weols ya. πŸ˜‚

Maka Jumaat 13/9/2019, pergilah kami ke Klinik Kesihatan (KK). Husband aku pun aku ajak pergi sekali. Yelah dia pun kena check kan. Simptom time tu perut cramp and miss B sakit. 

Time jumpa doctor tu aku pun cakaplah ni dah 5 hari lewat apa segala, and doctor tu boleh pulak cakap ,"Saya rasa dah ada tu. Balik nanti checklah,"

Lebih kurang like that lah ayat Dr tu. Aku macam biasalah. Takdelah kot... Yelah pernah je lewat 2-4 hari camtu tapi nan hado. Tak sempat check UPT pun miss P dah datang menjengah.

So kami pun setlah appointment segala untuk kes aku di refer pada hospital besar. P KK ni just untuk dapat referral letter je sebenarnya.

Minggu tu aku bercuti ke Penang bersama family mertua. Dalam hati ni dok debar je menunggu Miss P yg tak jugak kunjung tiba. Simptom time tu pulak still sama perut cramp and sakit miss B plus aku rasa kurang selera makan. Rasa macam tak lalu je nak telan makanan-makanan. And dalam masa yg sama still cautious mode lah. Sambil doa-doa moga ada rezeki kami.

Bila dah 8 hari delay tu, badan aku rasa lesu & lemah. Siap kena selsema lagi. Memang lembik badan.

Hari ke9 pun sama. Masih lesu & lemah. Pastu tambahan, bangun pagi rasa perut tu meminta-minta untuk diisi. Sebelum dari tu memang aku ada buat Intermittent Fasting and dah biasa puasa pagi. Tapi that time tak boleh! Kena jugak sarapan.

So that day, aku decide untuk puasa dari 3.00pm and bila sampai je rumah dalam pukul 6.30pm camtu aku terus tanpa berlengah check guna UPT. Time ni husband tak balik kerja lagi.

And the result alhamdulillah.... I'M PREGNANT! 😍

Double line naik dengan pantas & pekatnya. Sampai 3 strip (ala yg murah tu) aku test. Sajalah nak confirm kan. And memang betullah. Alhamdulillah.

Bila husband balik je aku terus show him the test. Sukalah dia weh... Siapa tak suka kan. Dah lama menunggu. Tapi suka gitu je lah. Takde sweet moment pun. Tak romantik betoi. 😝

Eh dah panjang lah. Untuk next entry nanti aku sambung part First Trimester pulak ya. Nak sumbat semua dalam satu post nanti berjela pulak.

Till then, ciao!

29 Dec 2017

Sepak Mula

Assalamualaikum uols.


Memperkenalkan diri sebagai N. Aku ni dulu pernah la main blog2 ni tapi bersara sebab aku sambung study. Dulu siap berdomain tapi dari bior je bersawang camtu aku decide nak shut down je lah blog tu. Walaupun sayang tapi better aku choose that way lah kot. Now rasa nak start semula (fresh start kot) sebabnya ada benda2 dalam hidup aku ni yang aku rasa worth to share. 

Coding apa jadah bagai rasanya den dah lupo.. So memang nubis betoi lah ni. Aku tengok blogspot ni pun dah banyak benda2 baru (kot) kalau nak compare dengan dulu kala (dulu tu tahun 2010-2011 camtu) πŸ˜„πŸ˜„. 

Malas taip banyak2 so next entry aku start lah dengan the serious one. Bye for now. πŸ˜‰πŸ˜‰