Last Sunday aku baru je buat details scan. Walaupun masa tu kandungan dah cecah 27w, tapi klinik cakap still boleh. Mujurr...
Asalnya aku nak buat di klinik lain. Dah book dah tapi selamba je klinik tu cancel booking aku one day before. Katanya Doc cuti hari yg sepatutnya aku buat scan tu. Sebab bengang sangat, yelah boleh dicancelnya last minute so aku book je klinik lain. Mujur takde deposit bagai untuk booking sebelum ni.
Aku tanya pembantu klinik, perlu ke penuhkan bladder untuk memudahkan sonographer nampak baby aku. Dia balas tak perlu pun sebab kandungan dah besar.
Sampai sana lewat 8minit. Supposed kena sampai 5-10minit lebih awal. Aku dah cuak dah. Siap whatsapp klinik lagi nak postpone sejam lewat. Rupanya tak boleh. Sebab schedule dorang dah penuh. Tak de tempat slot in dah.
Tapi mujur diberi kelonggaran sebab takde lah lewat mana. Alhamdulillah. Kalau tak aku dah fikir nak cari klinik lain.
Sampai klinik macam biasa kena daftar dulu sebab first time check up situ kan. Dah settle daftar tunggu nama dipanggil. Tak lama pun time tu. Yelah sebab kita dah booking kan.
Masuk je bilik check up, disambut mesra oleh Sonographer. Lembut je orangnya. Cakap pun mesra-mesra aje.
Time scan pun Ms.Sono pujuk baby lembut-lembut aje. Dah la baby dok tendang-tendang. Hihi. Memang baby aku kalau tengah hari camtu dia aktif sikit. So agak senang la nak tengok details kan.
Jantina pun senang je nak detect. Sebab nampak jelas. Actually aku dah tau jantina from previous scan di klinik swasta. Tapi yelah, detail scan ni kan macam a bit more precise and reliable. So nak make sure kena buat detail scan.
Muka pun baby tunjuk. Memang mudah la! Bagus babyy. Good job. Anak bertuah siapa lah ni. Tapi muka baby macam muka omak eh. Hahaha. Kecewa husband. Sorry!
Alhamdulillah, takde apa yg merisaukan. Ms.Sono kata semuanya dalam keadaan normal and baik. Berat around 1.1kg and memang sejajar dengan perkembangan. Tulang semua ada, jantung segala semua okay. Alhamdulillah!
Baby pun dah dalam posisi yang sepatutnya. But pintu rahim aku still tak terbukak lah. Wonder should be terbukak dah ke even baru 27w? Lupa nak tanya. Hahaha.
Patutlah lower part aku dah makin sakit. Rupanya baby dah duduk bawah. Aaaaa... The struggle is real gais!
Dah settle semua tu, Ms.Sono akan buat satu report and attach dalam buku pink kita. Oh don't forget to bring ur buku pink tau kalau nak buat detail scan. Time register tu pun dorang nak tengok EDD segala.
Dan dapatlah kami 1 CD beserta gambar baby. Aku belum tengok lagi apa kandungan CD tu. Katanya ada video. Hihi.
So sebagai menutupi entry yang panjang ini, aku harap yg mana pregnant tu bolehlah keluar sikit budget untuk buat detail scan. Sangat penting tau. Sebab dari scan inilah ibu boleh tahu kot anak yang dikandung tu ada masalah atau tak. Siapkan mental dulu before nak buat. InsyaAllah moga Allah menjaga kita & kandungan kita.
Pilih klinik yang offer harga & servis terbaik. Jangan main taram je. Tengok jugak review orang lain. Sebab sonographer tu penting. Kena cari yang pandai tengok (of course lah kan.. kalau tak, takkan qualified) and pandai pujuk baby in case baby susah nak bagi kerjasama.
Okay, till then. Ciao!
![]() |
| Ini pakej yg aku ambik hari tu. Ini price 2020 ya. Sekali 5D cuma tambah RM40 sahaja. Murah. Boleh contact Poliklinik Ken Rimba di Facebook mereka. Recommended! |

No comments:
Post a Comment