Now aku dah pun masuk second trimester. Alhamdulillah Γ‘la kulli haal. π
So aku nak ceritalah apa yang aku experience masa first trimester dulu. Manalah tahu ada yang experience keadaan yang sama macam aku, bolehlah kita berkongsi rasa. Gittew...
Kita ikut kronologi lah ya. Mudah sikit kot.
- Awal-awal aku ketahuan yang aku ni dah berbadan dua, time tu aku rasa lapar gila. Especially pagi tu kan. Memang nak kena breakfast dulu. Miss B sakit-sakit. Same experience macam nak period. Perut pun ada cramp sikit-sikit. Badan lesu and lemah campur selsema.
- Masuk je 15weeks, dah mula dah morning sickness weh! Bangun pagi je terus rasa loya-loya. Selera makan time tu ada lah lagi.
- Masuk 16weeks, dah tak boleh terima makanan western! Padahal sebelum preggy itulah yang digomar eh.. Feeling dia macam kau tak lalu langsung nak jamah. Pandang pun meluat. Ya, begitu sekali feelingnya tauu. Mual-mual still ada. Of course. Muntah itu jadi sahabat dah. π
- Satu lagi pe'el pelik aku, asal nak keluar rumah je mulalah rasa nak muntah. So memang jaranglah aku keluar malam masa first trimester. Nak-nak bila dah 2-3 bulan tu. Makanan pun husband tapau aje dari kedai. Masak tu jaranggg sangat. Memang takde daya and malas nak masak.
- Aku sensitif gila dengan bau-bau. Masuk office je terus tutup hidung weh. Aku rasa surrounding aku time tu busuk sangat. Siap beli perfume Dexandra yg kecik tu letak atas meja. Punyalah semak hidung ni dengan bau-bau yang ada. And aku juga pantang bau nasi lemak atau makanan bergoreng ni. Allahuakbar. Busuk sangat baunya time tu. Tak reti nak gambarkan macam mana lagi.
- Sepanjang 3 bulan tu memang aku tak berjalan jauh pun. And aku tak balik pun kampung sendiri or kampung husband. Memang takde tenaga and daya. Baru ku tahu. Beginilah feeling orang pregnant. π
Itu je lah kot highlight sepanjang first trimester aku. Yang pasti memang aku malassss sangat time first trimester tu. Masak jauh sekali, kemas rumah pun tak. And memang aku tolak kalau ada sesiapa nak singgah rumah. Maaf dipinta. Den tak larat...
![]() |
| Stages of Pregnancy |
So korang pulak macam mana? Smooth sailing je ke? Untung kalau smooth. Hihi.
Sedikit info tentang perkembangan baby semasa first trimester.
- Seawal usia 4 weeks, otak & saraf tunjang bayi mula terbentuk.
- Di usia 8 weeks, jantung mula terbentuk & berdegup pada kadar yang sekata.
- Lengan, kaki, tangan akan mula terbentuk sekitar 6 weeks.
- Week 12, organ seks bayi mula terbentuk. Boy or girl??
- Dalam week yang ke 12 juga, otot & saraf bayi mula berfungsi.
- Berat bayi pula sekitar 28g & panjangnya 3 inch. Keciknyaaa.. π
Aku doakan korang yang baru je dapat tahu pregnant agar dipermudahkan segala kesulitan sepanjang first trimester. Ingat, first trimester ini merupakan fragile period. Sentiasalah berdoa agar kandungan & diri korang kuat. Moga Allah lindungi dari sebarang perkara yang tak diingini. Amin.

No comments:
Post a Comment