28 Feb 2020

Kaki Bengkak since 26w !

Assalamualaikum.



Sekarang ni aku dah reach 28w. Alhamdulillah 'ala kulli haal... 😍

Aku ni sebenarnya banyak benda nak story berkenaan pregnancy. Even aku tau takde orang notice kewujudan blog aku ni but aku still nak tulis jugak. Yelah, for my own reference jugak. Bila tulis kat sini bukan takat aku boleh refer, korang pun boleh kan (itu pun kalau ada yang terjumpa blog ni lah..)

Kali ni nak story pasal perkembangan kesihatan seorang first time mommy yg tak berapa muda (Aku dah 31 tahun kalau kira ikut tahun..). Sejak last week aku dapat rasa yang both my feet dah start membengkak. Besar weh! Dah rupa kaki anak gajah. Hahaha.

Bila tekan je mesti rasa sakit. Nak solat time nak lipat kaki pun payah. But aku still cuba solat macam biasa. Selagi ada kudrat kan. Walaupun agak payah sebenarnya.

Ada jugak minta husband urutkan. Tapi memandangkan aku ni tak tahan sakit, dok aduh aduh je makanya cik husband pun kadang tu malas melayan. Hahahaha. Cengeng. Maaplerr.

So, persoalannya apa punca kakiku bengkak bak johan ni?

Gambar ihsan Google. Tapi lebih kurang ginilah bengkaknya... 

Mengikut hasil carian di google, pembengkakan kaki ibu mengandung ni boleh terjadi sebab ;


  1. Apabila kandungan dah cecah 20w, bayi pun makin membesar. So rahim akan menekan saluran darah di pelvis & menjejaskan salur darah besar (vena cava) yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. So bila vena cava ni diberi pressure, aliran darah tu jadi slow and menyebabkan darah terkumpul.
  2. So bila darah tu dah terkumpul, air akan dipaksa turun and keluar melalui salur darah kecil (kapilari) and masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki & buku lali. 
  3. Simptom bengkak ni akan lebih worse menjelang petang ke malam. 


So apa kena buat untuk kurangkan bengkak?


  1. Minum air yang mencukupi
  2. Tinggikan kaki melepasi paras dada semasa baring untuk membantu pengaliran darah.
  3. Mengiring ke kiri supaya janin takkan menekan vena cava dan pengaliran darah ke jantung akan lebih baik.
  4. Move move move! Jangan duduk je. 
  5. Compression stockings elok pakai waktu malam so darah tu mengalir lancar.
  6. Pakailah kasut yang selesa.


Bab tinggikan kaki tu aku ada jugak apply. Takdelah kurang sangat pun. Maybe sebab faktor tempat kerja. Aku kerja duduk je kat office. So kurang bergerak. Haha.

Bab mengiring ke kiri tu memang tak boleh apply. Tak tau kenapa tapi sejak pregnant aku tak boleh tidur mengiring ke kiri. Dada akan rasa sesak. So tidur belah kanan ajelah. Sampai lenguh dibuatnya. Tapi sunnah tidur belah kanan kan?

Apa pun, moga aku tabah and kuat menghadapi another 12w (insyaAllah).


Till then, ciao!



No comments:

Post a Comment