17 Jan 2020

Moment Aku Tahu Pregnant.

Assalamualaikum.



I've been 22weeks pregnant now! Alhamdulillah.

Untuk pengetahuan readers, aku dah kahwin since 2015. But last year Aug 2019 baru disahkan pregnant. On my birthday month pulak tu. Memang itu dikira hadiah jugaklah. Heee.

Ya kami dah menunggu lama. Dalam masa menunggu tu memang takde pun buat hospital check up. Urut-urut tu adalah jugak. Dahlah aku ni sejenis tak tahan bila diusik. Memang nightmare each time pergi berurut. And weols ada jugak pergi jumpa ustaz segala sebab risau ada mistik-mistik jugakkan. Coz period aku memang on time je memanjang. Cuma rezeki tu payah sikit.

Tapi adalah satu problem aku. Fibroid. Yes aku dah undergo Myomectomy on June 2018. Yg ni kena buat post lain kot kan? Kiranya setahun selepas operation barulah ada rezeki baby. Coincidence atau memang ada kena mengena? Not sure lah kan.

...




THE MOMENT OF TRUTH - THROWBACK

Panjang sangat mukadimah. Jangan boring pleasee. Baru nak mula ni.

Mengimbau kembali detik-detik aku perasan period aku lewat. Time tu dah 5 hari lewat. Entah kenapa lah Aug 2019 tu barulah terdetik kat hati ni nak start buat medical check up. Dah dekat 4 tahun kahwin tapi baru nak buat. Please jangan tiru aksi weols ya. 😂

Maka Jumaat 13/9/2019, pergilah kami ke Klinik Kesihatan (KK). Husband aku pun aku ajak pergi sekali. Yelah dia pun kena check kan. Simptom time tu perut cramp and miss B sakit. 

Time jumpa doctor tu aku pun cakaplah ni dah 5 hari lewat apa segala, and doctor tu boleh pulak cakap ,"Saya rasa dah ada tu. Balik nanti checklah,"

Lebih kurang like that lah ayat Dr tu. Aku macam biasalah. Takdelah kot... Yelah pernah je lewat 2-4 hari camtu tapi nan hado. Tak sempat check UPT pun miss P dah datang menjengah.

So kami pun setlah appointment segala untuk kes aku di refer pada hospital besar. P KK ni just untuk dapat referral letter je sebenarnya.

Minggu tu aku bercuti ke Penang bersama family mertua. Dalam hati ni dok debar je menunggu Miss P yg tak jugak kunjung tiba. Simptom time tu pulak still sama perut cramp and sakit miss B plus aku rasa kurang selera makan. Rasa macam tak lalu je nak telan makanan-makanan. And dalam masa yg sama still cautious mode lah. Sambil doa-doa moga ada rezeki kami.

Bila dah 8 hari delay tu, badan aku rasa lesu & lemah. Siap kena selsema lagi. Memang lembik badan.

Hari ke9 pun sama. Masih lesu & lemah. Pastu tambahan, bangun pagi rasa perut tu meminta-minta untuk diisi. Sebelum dari tu memang aku ada buat Intermittent Fasting and dah biasa puasa pagi. Tapi that time tak boleh! Kena jugak sarapan.

So that day, aku decide untuk puasa dari 3.00pm and bila sampai je rumah dalam pukul 6.30pm camtu aku terus tanpa berlengah check guna UPT. Time ni husband tak balik kerja lagi.

And the result alhamdulillah.... I'M PREGNANT! 😍

Double line naik dengan pantas & pekatnya. Sampai 3 strip (ala yg murah tu) aku test. Sajalah nak confirm kan. And memang betullah. Alhamdulillah.

Bila husband balik je aku terus show him the test. Sukalah dia weh... Siapa tak suka kan. Dah lama menunggu. Tapi suka gitu je lah. Takde sweet moment pun. Tak romantik betoi. 😝

Eh dah panjang lah. Untuk next entry nanti aku sambung part First Trimester pulak ya. Nak sumbat semua dalam satu post nanti berjela pulak.

Till then, ciao!

No comments:

Post a Comment