28 Feb 2020

Kaki Bengkak since 26w !

Assalamualaikum.



Sekarang ni aku dah reach 28w. Alhamdulillah 'ala kulli haal... 😍

Aku ni sebenarnya banyak benda nak story berkenaan pregnancy. Even aku tau takde orang notice kewujudan blog aku ni but aku still nak tulis jugak. Yelah, for my own reference jugak. Bila tulis kat sini bukan takat aku boleh refer, korang pun boleh kan (itu pun kalau ada yang terjumpa blog ni lah..)

Kali ni nak story pasal perkembangan kesihatan seorang first time mommy yg tak berapa muda (Aku dah 31 tahun kalau kira ikut tahun..). Sejak last week aku dapat rasa yang both my feet dah start membengkak. Besar weh! Dah rupa kaki anak gajah. Hahaha.

Bila tekan je mesti rasa sakit. Nak solat time nak lipat kaki pun payah. But aku still cuba solat macam biasa. Selagi ada kudrat kan. Walaupun agak payah sebenarnya.

Ada jugak minta husband urutkan. Tapi memandangkan aku ni tak tahan sakit, dok aduh aduh je makanya cik husband pun kadang tu malas melayan. Hahahaha. Cengeng. Maaplerr.

So, persoalannya apa punca kakiku bengkak bak johan ni?

Gambar ihsan Google. Tapi lebih kurang ginilah bengkaknya... 

Mengikut hasil carian di google, pembengkakan kaki ibu mengandung ni boleh terjadi sebab ;


  1. Apabila kandungan dah cecah 20w, bayi pun makin membesar. So rahim akan menekan saluran darah di pelvis & menjejaskan salur darah besar (vena cava) yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. So bila vena cava ni diberi pressure, aliran darah tu jadi slow and menyebabkan darah terkumpul.
  2. So bila darah tu dah terkumpul, air akan dipaksa turun and keluar melalui salur darah kecil (kapilari) and masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki & buku lali. 
  3. Simptom bengkak ni akan lebih worse menjelang petang ke malam. 


So apa kena buat untuk kurangkan bengkak?


  1. Minum air yang mencukupi
  2. Tinggikan kaki melepasi paras dada semasa baring untuk membantu pengaliran darah.
  3. Mengiring ke kiri supaya janin takkan menekan vena cava dan pengaliran darah ke jantung akan lebih baik.
  4. Move move move! Jangan duduk je. 
  5. Compression stockings elok pakai waktu malam so darah tu mengalir lancar.
  6. Pakailah kasut yang selesa.


Bab tinggikan kaki tu aku ada jugak apply. Takdelah kurang sangat pun. Maybe sebab faktor tempat kerja. Aku kerja duduk je kat office. So kurang bergerak. Haha.

Bab mengiring ke kiri tu memang tak boleh apply. Tak tau kenapa tapi sejak pregnant aku tak boleh tidur mengiring ke kiri. Dada akan rasa sesak. So tidur belah kanan ajelah. Sampai lenguh dibuatnya. Tapi sunnah tidur belah kanan kan?

Apa pun, moga aku tabah and kuat menghadapi another 12w (insyaAllah).


Till then, ciao!



27 Feb 2020

Pengalaman Details Scan Poliklinik Ken Rimba

Assalamualaikum.



Last Sunday aku baru je buat details scan. Walaupun masa tu kandungan dah cecah 27w, tapi klinik cakap still boleh. Mujurr...

Asalnya aku nak buat di klinik lain. Dah book dah tapi selamba je klinik tu cancel booking aku one day before. Katanya Doc cuti hari yg sepatutnya aku buat scan tu. Sebab bengang sangat, yelah boleh dicancelnya last minute so aku book je klinik lain. Mujur takde deposit bagai untuk booking sebelum ni.

Aku tanya pembantu klinik, perlu ke penuhkan bladder untuk memudahkan sonographer nampak baby aku. Dia balas tak perlu pun sebab kandungan dah besar.

Sampai sana lewat 8minit. Supposed kena sampai 5-10minit lebih awal. Aku dah cuak dah. Siap whatsapp klinik lagi nak postpone sejam lewat. Rupanya tak boleh. Sebab schedule dorang dah penuh. Tak de tempat slot in dah.

Tapi mujur diberi kelonggaran sebab takde lah lewat mana. Alhamdulillah. Kalau tak aku dah fikir nak cari klinik lain.

Sampai klinik macam biasa kena daftar dulu sebab first time check up situ kan. Dah settle daftar tunggu nama dipanggil. Tak lama pun time tu. Yelah sebab kita dah booking kan.

Masuk je bilik check up, disambut mesra oleh Sonographer. Lembut je orangnya. Cakap pun mesra-mesra aje.

Time scan pun Ms.Sono pujuk baby lembut-lembut aje. Dah la baby dok tendang-tendang. Hihi. Memang baby aku kalau tengah hari camtu dia aktif sikit. So agak senang la nak tengok details kan.

Jantina pun senang je nak detect. Sebab nampak jelas. Actually aku dah tau jantina from previous scan di klinik swasta. Tapi yelah, detail scan ni kan macam a bit more precise and reliable. So nak make sure kena buat detail scan.

Muka pun baby tunjuk. Memang mudah la! Bagus babyy. Good job. Anak bertuah siapa lah ni. Tapi muka baby macam muka omak eh. Hahaha. Kecewa husband. Sorry!

Alhamdulillah, takde apa yg merisaukan. Ms.Sono kata semuanya dalam keadaan normal and baik. Berat around 1.1kg and memang sejajar dengan perkembangan. Tulang semua ada, jantung segala semua okay. Alhamdulillah!

Baby pun dah dalam posisi yang sepatutnya. But pintu rahim aku still tak terbukak lah. Wonder should be terbukak dah ke even baru 27w? Lupa nak tanya. Hahaha.

Patutlah lower part aku dah makin sakit. Rupanya baby dah duduk bawah. Aaaaa... The struggle is real gais!

Dah settle semua tu, Ms.Sono akan buat satu report and attach dalam buku pink kita. Oh don't forget to bring ur buku pink tau kalau nak buat detail scan. Time register tu pun dorang nak tengok EDD segala.

Dan dapatlah kami 1 CD beserta gambar baby. Aku belum tengok lagi apa kandungan CD tu. Katanya ada video. Hihi.

So sebagai menutupi entry yang panjang ini, aku harap yg mana pregnant tu bolehlah keluar sikit budget untuk buat detail scan. Sangat penting tau. Sebab dari scan inilah ibu boleh tahu kot anak yang dikandung tu ada masalah atau tak. Siapkan mental dulu before nak buat. InsyaAllah moga Allah menjaga kita & kandungan kita.

Pilih klinik yang offer harga & servis terbaik. Jangan main taram je. Tengok jugak review orang lain. Sebab sonographer tu penting. Kena cari yang pandai tengok (of course lah kan.. kalau tak, takkan qualified) and pandai pujuk baby in case baby susah nak bagi kerjasama.


Okay, till then. Ciao!


Ini pakej yg aku ambik hari tu. Ini price 2020 ya. Sekali 5D cuma tambah RM40 sahaja. Murah. Boleh contact Poliklinik Ken Rimba di Facebook mereka. Recommended!

19 Feb 2020

Check up KKIA 27w, Suntikan Kancing Gigi, & Catat Pergerakan Bayi

Assalamualaikum.


Now dah 27weeks! Alhamdulillah 'ala kulli hal. πŸ˜„

Semalam aku ke Klinik Kesihatan Ibu Anak Telok Panglima Garang untuk check up. Lewat sikit sampai sebab gerak dari kampung di Pahang. Sampai tu dalam pukul3.30 camtu. Padahal appointment pukul2. Hihi.

Ramai pulak mak-mak and bayi-bayi semalam. So agak lama lah nak tunggu turn aku. Bertabah ajelah. Aku suruh husband balik je dulu. Sebab aku tau lama prosesnya. Memang selama ni check di KKIA aku tak pernah mintak husband temankan. Yelah kerusi kat KKIA tu bukan banyak sangat.

So check up kali ni macam biasa lah. Sampai tu letak buku dekat kaunter, nurse panggil nama and silalah pergi ke lab untuk hantar sampel urine and lepas tu ke bilik no.5 untuk check hb. Tang nak check hb tu kantoi pulaklah hb nyaaa..

First nurse check 9.4 kot bacaannya. Dia ambik lagi sekali naik sikit je 9.7. Alahaiii. Selama ni bacaan okay2 je. Tak pernah low sampai camni. Mungkin sebab aku lapar kot. Boleh jadi ke eh?

So nurse ambik dari lagi sekali untuk hantar ke lab pulak. Cucuk dekat lengan pulak untuk ambik darah. Pergi lab untuk hantar sample and collect result.

Then tunggulah pulak untuk masuk bilik no.1 which is bilik jumpa nurse. Check perut, heart beat baby normal - 146. Alhamdulillah. Good job anak ibu! Berat pun okaylah. Naik sekilo je dari last check up.

Tapi nurse pening dah sebab hb aku low sangat. Dorang cakap kena datang keesokan harinya sebab nak buat test apa entah. Sebab low sangat. Aku lagilah pening sebab nak datang check up aku kena apply cuti. Company tak terima time slip.

Last-last nurse kata takpelah. Try tanya doctor untuk jumpa lagi dua minggu je. And doctor pun okay. Dua minggu lagi next check up. Sebab result lab bacaan hb aku naik 10.3 kot. So dorang lepaskan.

And then aku kena ambik suntikan kancing gigi. Nurse kata kena ambik dua kali suntikan kancing gigi ni. Sedikit info mengenai suntikan kancing gigi


  • Juga dikenali sebagai suntikan tetanus.
  • Bertujuan mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan tetanus. Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut dan ianya menyerang tubuh melalui luka yang terbuka seperti luka ketika melahirkan secara normal dan luka episiotomy.
  • Suntikan ini adalah untuk melindungi ibu serta bayi yang bakal dilahirkan. Ia juga dikatakan mampu menghalang kelahiran pramatang.


Reference :

  1. https://www.sinarharian.com.my/article/37305/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/Jangan-takut-untuk-menerima-suntikan-tetanus
  2. https://my.theasianparent.com/kancing-gigi
Suntikan ini juga mampu meninggalkan kesan terhadap ibu. Boleh refer sini untuk kesan-kesan sampingan punca dari suntikan tetanus.

Catatan bermula 27w hinggalah bersalin.

So memandangkan aku dah 27 weeks, makanya nurse pun mintak aku mula catat pergerakan baby. Kena catat start pukul9 pagi selama 12j kitaran. Tapi just catat untuk 10x pergerakan aje. Tak perlu tanda tiap masa pun.

10x pergerakan tu pun tendangan yang kuatlah. Kalau manja-manja tu kena kira berapa kali entah untuk cukupkan 1x pergerakan.

So bila cukup je 10x pergerakan, maka bolehlah stop kira and catat masa yang ke-10 itu. Contoh masa yang ke-10 tu pukul4 petang, makanya tulis ajelah 4.00pm dekat buku tu.

Woww panjang ya entry kali ni. Hahaha. Okaylah. Cukuplah tu kot. Doakan kandungan aku selamat and sihat sentiasa ya.

4 Feb 2020

Pengalaman First Trimester.

Assalamualaikum.


Now aku dah pun masuk second trimester. Alhamdulillah Ñla kulli haal. 😊

So aku nak ceritalah apa yang aku experience masa first trimester dulu. Manalah tahu ada yang experience keadaan yang sama macam aku, bolehlah kita berkongsi rasa. Gittew...

Kita ikut kronologi lah ya. Mudah sikit kot.


  • Awal-awal aku ketahuan yang aku ni dah berbadan dua, time tu aku rasa lapar gila. Especially pagi tu kan. Memang nak kena breakfast dulu. Miss B sakit-sakit. Same experience macam nak period. Perut pun ada cramp sikit-sikit. Badan lesu and lemah campur selsema. 
  • Masuk je 15weeks, dah mula dah morning sickness weh! Bangun pagi je terus rasa loya-loya. Selera makan time tu ada lah lagi. 
  • Masuk 16weeks, dah tak boleh terima makanan western! Padahal sebelum preggy itulah yang digomar eh.. Feeling dia macam kau tak lalu langsung nak jamah. Pandang pun meluat. Ya, begitu sekali feelingnya tauu. Mual-mual still ada. Of course. Muntah itu jadi sahabat dah. πŸ˜‚ 
  • Satu lagi pe'el pelik aku, asal nak keluar rumah je mulalah rasa nak muntah. So memang jaranglah aku keluar malam masa first trimester. Nak-nak bila dah 2-3 bulan tu. Makanan pun husband tapau aje dari kedai. Masak tu jaranggg sangat. Memang takde daya and malas nak masak.
  • Aku sensitif gila dengan bau-bau. Masuk office je terus tutup hidung weh. Aku rasa surrounding aku time tu busuk sangat. Siap beli perfume Dexandra yg kecik tu letak atas meja. Punyalah semak hidung ni dengan bau-bau yang ada. And aku juga pantang bau nasi lemak atau makanan bergoreng ni. Allahuakbar. Busuk sangat baunya time tu. Tak reti nak gambarkan macam mana lagi. 
  • Sepanjang 3 bulan tu memang aku tak berjalan jauh pun. And aku tak balik pun kampung sendiri or kampung husband. Memang takde tenaga and daya. Baru ku tahu. Beginilah feeling orang pregnant. πŸ˜† 

Itu je lah kot highlight sepanjang first trimester aku. Yang pasti memang aku malassss sangat time first trimester tu. Masak jauh sekali, kemas rumah pun tak. And memang aku tolak kalau ada sesiapa nak singgah rumah. Maaf dipinta. Den tak larat... 

Stages of Pregnancy

So korang pulak macam mana? Smooth sailing je ke? Untung kalau smooth. Hihi. 

Sedikit info tentang perkembangan baby semasa first trimester.

  • Seawal usia 4 weeks, otak & saraf tunjang bayi mula terbentuk.
  • Di usia 8 weeks, jantung mula terbentuk & berdegup pada kadar yang sekata.
  • Lengan, kaki, tangan akan mula terbentuk sekitar 6 weeks.
  • Week 12, organ seks bayi mula terbentuk. Boy or girl??
  • Dalam week yang ke 12 juga, otot & saraf bayi mula berfungsi.
  • Berat bayi pula sekitar 28g & panjangnya 3 inch. Keciknyaaa.. 😍

Aku doakan korang yang baru je dapat tahu pregnant agar dipermudahkan segala kesulitan sepanjang first trimester. Ingat, first trimester ini merupakan fragile period. Sentiasalah berdoa agar kandungan & diri korang kuat. Moga Allah lindungi dari sebarang perkara yang tak diingini. Amin.